Rajah 1
MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Secara umumnya,peta pemikiran i-THINK bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Kekuatan 💪dan Kelemahan 👎Peta i-Think
Kekuatan peta i-Think :
- Memupuk kemahiran berfikir aras tinggi.
- Proses mengulangkaji pelajaran lebih sistematik.
- Dapat mengaplikasikan pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
- Mempunyai rekaan yang pelbagai dan sesuai digunakan mengikut pemahaman individu.
Kelemahan peta i-Think :
- Huraian kurang jelas.
- Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
- Tidak semua peringkat pelajar memahami kaedah penggunaannya.
- Penggunaan kata kunci yang kompleks menyukarkan pelajar untuk memahaminya.Contoh Peta Bulatan.
|
Comments
Post a Comment